Siakap Keli

Ini Cara Mudah Mohon Semula Keputusan Peperiksaan Yang Hilang Secara Online Je, Terus Dihantar Ke Rumah

Korang yang dah lama tinggalkan zaman sekolah mesti tengah hadapi masalah ketika mohon kerja kan? Ye lah, ada sesetengah syarikat yang mahukan pelbagai rujukan termasuklah perlu lampirkan sijil keputusan peperiksaan awam bersama resume.

Masalahnya sekarang sijil-sijil termasuk ada yang dah rosak dan hilang. Jadi macam mana nak buat?

Jangan risau, sebenarnya ada jalan penyelesaian yang paling mudah untuk korang ikut. Ikuti perkongsian daripada wanita ini tentang cara untuk dapatkan semula salinan sijil dari PMR sehinggalah STPM atau STAM.

Sekarang dah mudah tau nk minta salinan keputusan peperiksaan PMR / SPM / STAM dan lain-lain. Pening pikir mcm mne, bila interview nak tgok keputusan yang original, tak nak potostat punya.

Buka je website https://elp.moe.gov.my/, pastu pilih nak salinan keputusan ape, pastu isi je borang nye. Tak sampai seminggu dah dapat. Alhamdulillah… Tapi, ade sikit lah caj kene bayar…

 

Sumber: Eim Ariepin

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang