Siakap Keli

“Isi Terlalu Penuh…,” 4 Kesalahan Ini Mungkin Anda Buat Ketika Guna Air Fryer

Boleh dikatakan alat penggoreng tanpa minyak atau lebih mesra dengan ‘air fryer’ ini sudah menjadi kegilaan ramai untuk memiliknya di ruangan dapur. Bahkan, ia menjadi barang keperluan setiap suri rumah.

Tidak dinafikan, kegunaannya sangat memudahkan para ibu ketika berada di dapur. Sedar tak sedar, rupanya ada beberapa kesalahan yang sering berlaku ketika menggunakan alat ‘air fryer’ ini.

Jadi, menerusi perkongsian daripada Puan Syahida Nasution tentang empat kesalahan yang sering para ibu lakukan ketika menggunakan air fryer ketika memasak.

“Ramai yang dah ada air fryer di rumah gara-gara terpengaruh dengan rancangan jualan di siaran tv.”

Walau macam mana pun, masih ramai yang buat 4 kesalahan ini. Saya sendiri pun sama. Separuh daripada kesalahan yang saya senaraikan di bawah ini juga kesalahan yang saya baru tahu ianya salah.

1. Isi terlalu penuh

Memanglah banyak air fryer yang ada kapasiti yang agak besar sampai boleh sumbat seekor ayam saiz besar tapi jangan sampai segalanya disumbat sampaikan tak ada ruang udara.

Bila air fryer diisi terlalu penuh, boleh jadi lauk yang dimasak jadi kurang masak. Jangan tak tahu, kesalahan sama ini boleh juga jadi punca air fryer mudah rosak.

2. Tak panaskan terlebih dulu

Air fryer ini sebenarnya lebih kurang macam oven. Bahasa bakunya, ketuhar. Perlu dipanaskan terlebih dulu sebelum penggunaan.

Jika air fryer ambil masa 5 minit untuk panas dan kita tetapkan 10 minit untuk goreng ayam, bermakna ayam hanya digoreng tanpa minyak selama 5 minit.
Aduhhh. Bila kurang masak ni timbullah macam-macam penyakit seperti keracunan makanan dan listeria.

Lebih parah lagi kalau bau ayam mentah yang kurang menyenangkan dan menyebabkan muntah. Tak pasal-pasal pula mak mertua ingat kita mengandung pula, ha sudah.

3. Tak membalikkan makanan

Walaupun air fryer ini bijak, tapi fungsinya sama saja dengan minyak. Lauk mentah yang dimasukkan perlu dibalikkan juga.

Barulah ayam yang kita goreng tadi tak garing sebelah bahagian saja.

4. Tak digunakan sebagai pemanggang

Macam yang dikatakan tadi, fungsinya sama saja macam ketuhar. Boleh digunakan untuk memanggang juga dan bukan menggoreng semata-mata.

Jangan tak tahu kalau nak guna air fryer buat kek cawan pun boleh tau! Saya dah cuba, hehe.

 

Sumber: Syahida Nasution

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang