Siakap Keli
Gambar via Bernama/Zahid Hamidi

Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang Dilapor Dimasukkan Ke Hospital Kerana Sesak Nafas

Presiden PAS, YB Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang telah dimasukkan ke Hospital Putrajaya malam ini selepas dilaporkan sesak nafas.

Berita itu telah dimaklumkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menerusi Facebook miliknya sebentar tadi.

Menurut perkongsiannya itu,  Tuan Guru Abdul Hadi kini dipindahkan ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk rawatan lanjut.

Beliau turut menyeru orang ramai untuk mendoakan kesembuhan Tuan Guru Abdul Hadi.

“Marilah kita bersama mendoakan kesembuhan kepada Tuan Guru dan kembali sihat seperti sedia kala,” katanya.

Menerima berita mengejutkan Presiden PAS YB Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang telah dimasukkan ke Hospital…

Posted by Zahid Hamidi on Monday, February 15, 2021

Ya Allah beri kesembuhan kepada Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang 🤲❤TUAN GURU DATO' SERI HAJI ABDUL HADI BIN…

Posted by Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka – DPPNM on Monday, February 15, 2021

Sumber: Zahid Hamidi

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.