PUTRAJAYA, 16 Feb – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan terdapat pertambahan 2,720 kes baharu COVID-19 hari ini.
Angka tersebut menjadikan jumlah keseluruhan kes positif kini meningkat kepada 269,165 kes setakat ini.
Ketua pengarahnya, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes sembuh yang direkodkan pula adalah lebih tinggi iaitu 5,718 kes, menjadikan jumlah sembuh keseluruhan meningkat kepada 83.2 peratus.
Difahamkan, tiada sebarang kes import dilaporkan dan Selangor mencatatkan angka tertinggi pada hari ini.
Berita lanjut menyusul.
Status Terkini #COVID19, 16 Februari 2021
Kes sembuh=5,718
Jumlah kes sembuh=224,053 kes
Kes baharu positif=2,720 kes
Jumlah positif=269,165
Kes kematian=8
Jumlah kes kematian=983 kes
Kes dirawat di ICU=253 kes
Bantuan Alat Pernafasan=118 pic.twitter.com/wG4FRyH073— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) February 16, 2021
Terkini. 16 Feb. Kes baharu hari ini 2,720 dengan kes discaj paling tinggi setakat ini 5,781. Lapan lagi kematian dilaporkan.
— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) February 16, 2021
Sumber: KKM