PUTRAJAYA, 16 Feb – Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di beberapa negeri ditukar statusnya kepada PKP Bersyarat (PKPB) mulai 19 Feb ini.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia melibatkan negeri Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan.
Bagaimanapun, hanya Perlis satu-satunya negeri yang ditukar statusnya kepada PKP Pemulihan (PKPP) ekoran kadar jangkitan COVID-19 dilaporkan agak terkawal di sana.
Pelaksanaan tersebut berkuatkusa selama 14 hari sehingga 4 Mac ini.
Berita lanjut menyusul.
PKPB Di Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah, Wilayah Persekutuan Putrajaya Dan Wilayah Persekutuan Labuan Dilaksanakan Bermula 19 Februari hingga 4 Mac 2021.#MindefMalaysia pic.twitter.com/eKZKmwY3Jz
— MINDEF Malaysia (@MINDEFMalaysia) February 16, 2021
Sumber: RTM