Siakap Keli

(Video) “Memang Keluar Terus Air Mata..” Suami Isteri Menangis Gembira, Bakal Timang Anak Buat Netizen Sebak

Setiap pasangan suami isteri pastinya menginginkan kehadiran cahaya mata untuk melengkapkan lagi hubungan yang dibina. Momen indah saat pertama kali mengetahui kehadiran si kecil, pastinya akan diingati oleh sesiapun.

Seperti perkongsian oleh sebuah video penuh emosi yang menjadi tular di TikTok sehingga meraih lebih setengah juta tontonan oleh warganet yang terharu melihat pasangan ini yang bakal bergelar ibu bapa.

Menerusi video yang dimuatnaik oleh akaun Shahrul Amri pada Ahad lalu, dia memaparkan momen indah apabila isteri yang tersayang memberikan kejutan di dalam kotak berisi alat ujian kehamilan denan tanda ‘positif’.

”Memang keluar terus air mata ni..”

@shrlamri

Alhamdulillah 😭😭 #fyp#foryou#foryourpage

♬ Lying That You Love Me – JC Stewart

Rata-rata warganet yang membanjiri ruangan komen mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut dan mendoakan agar setiap pasangan yang belum dikurniakan cahaya mata akan merasa momen indah itu suatu hari nanti.

Aku yang lelaki ni pun menangis

Perasaan ini sangat indah

Doakan saya juga..

Sumber: TikTok shrlamri

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.