Siakap Keli

Walau Kadar Kebolehjangkitan Semakin Menurun, Dr. Noor Hisham Tetap Ingatkan Jangan Ambil Mudah

PUTRAJAYA, 16 Feb – Trend kadar kebolehjangkitan COVID-19 dilaporkan semakin menurun, umum Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah.

Jelasnya, trend tersebut dikira bagi tempoh sejak 1 Jan lalu hingga 15 Feb semalam dan ianya adalah sasaran Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mencapai kadar kebolehjangkitan di bawah 0.5.

“Kes COVID-19 purata bergerak tujuh hari, jadi kita lihat kes semakin menurun, walau bagaimanapun puncak kes telah dikenal pasti iaitu pada 29 Jan lalu ialah (sebanyak) 5,725 kes.

“Dan apa yang penting ialah walaupun kes dilihat semakin menurun, tapi kita tidak boleh ambil mudah dan alpa.

“Dan pastikan kita patuhi kepada prosedur operasi standard (SOP) dan boleh kita putuskan rantaian jangkitan COVID-19 supaya graf  ini akan mengikut iaitu di Zon Merah apabila kita melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk tempoh empat minggu dan disusuli PKP Bersyarat (PKPB) sehingga bulan Mei,” katanya dalam sidang media perkembangan COVID-19 hari ini.

Sumber: KKM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.