Siapa tak mahu dapatkan $16,000 (kira-kira RM64,760) dengan hanya tidur sahaja? Nampak macam mustahil, tetapi inilah realiti seorang streamer di aplikasi Twitch yang berjaya mendapatkan sumbangan sebanyak itu dalam hanya satu malam.
Menurut LadBible, pemilik akaun dengan nama Asian Andy telah menyiarkan dirinya sedang tidur dan membiarkan penonton memberi sumbangan sepanjang live berlangsung. Melalui setiap sumbangan, para penonton boleh menghantar mesej termasuk audio dari teks-ke-ucapan.
Biarpun ramai yang menyumbang, ada juga antara mereka yang mengambil kesempatan untuk mengganggu tidur Andy dengan menghantar bunyi menyerupai salakan anjing di samping mengarahkan Alexa memainkan muzik yang kuat.
Tulis portal itu, terdapat segelintir penonton yang mengusik kononnya terdapat seseorang di tepi tingkap bersebelahan tempat tidur lelaki berkenaan. Tidak terhenti di situ, Andy mendakwa ada individu yang telah mengesan lokasi rumahnya.
“Saya cuma ingin cuba tidur. Anda akan menakutkan penonton. Sebab saya akan tidur, saya tak tahu apa yang berlaku. Pintu telah dikunci,” katanya kepada individu tersebut.
Sumber: LadBible