Siakap Keli
Gambar: CNN/CTVNews

Budak 12 Tahun Dilapor Tembak Penceroboh Cuba Rompak Rumahnya

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun di North Carolina dilaporkan telah menembak seorang lelaki yang menceroboh rumahnya pada Sabtu lalu.

Lapor NBC News, kejadian tersebut dipercayai berlaku pada 12.43 pagi di mana dua individu bertopeng menceroboh rumah berkenaan serta memeras ugut penghuninya. Suspek dikatakan turut melepaskan tembakan kepada salah seorang penghuni berusia 73 tahun yang didakwa merupakan nenek kepada kanak-kanak lelaki tersebut.

Susulan itu, tembakan kanak-kanak berkenaan yang mengenai salah seorang suspek telah memaksa mereka melarikan diri sebelum polis menemui salah seorang suspek yang cedera di satu persimpangan berhampiran kediaman itu.

Tambah portal tersebut, suspek kemudiannya dimasukkan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia manakala seorang lagi suspek masih melarikan diri.

Sementara itu, mangsa berusia 73 tahun dilaporkan mengalami cedera ringan dan masih mendapatkan rawatan.

Tiada dakwaan dikenakan ke atas kanak-kanak tersebut.

Sumber: NBC News

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.