Siakap Keli

“Dalam Hati Kami, Kamu Kekal Selamanya,” Pelakon Drama Pendek Dhar Mann, Carl Judie Meninggal Dunia

Nama Carl Judie tidak asing lagi dalam drama pendek yang disiarkan di Facebook Dhar Mann Fam yang merupakan seorang pakar motivasi terkenal di Hollywood.

Pelakon Carl Judie telah menghembuskan nafas terkahirnya pada 14 Fabruari lalu akibat tidak sedarkan diri dalam beberapa hari.

Perkongsian duka ini dikongsikan oleh Dhar Mann sendiri menerusi laman Facebook rasminya.

“Dengan berat hati dan sedih, saya ingin memaklumkan bahawa pelakon kesayangan kami, Carl Judie telah meninggal dunia. Saya tengah mencari kekuatan untuk masa ini kerana ia sangat menyakitkan.” 

Tersentuh hati apabila membaca kata-kata akhir Dhar Mann kepada Carl Judie. Tidak dinafikan lakonan beliau sangat menyentuh hati masyakarat seluruh dunia.

“Kenangan kasih dan tawa kita tidak akan luntur, kerana dalam hati kami, kamu kekal selamanya…” 

 

Sumber: Dhar Mann

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang