Kebanyakan ibu bapa yang mempunyai anak perempuan pasti akan memakaikan anting-anting atau subang pada anak mereka sejak kecil lagi.
Bukan sahaja untuk kelihatan cantik, terkadang ibu bapa juga perlu meneliti tahap keselamatan aksesori tersebut.
Banyak rekaan dan jenis subang yang menarik namun sebenarnya tidak semua sesuai dengan telinga anak anda.
Menerusi perkongsian Eyra Shira di Facebook, dia meluahkan kekesalannya kerana telah memakaikan subang kepada anaknya tetapi akhirnya lain yang terjadi.
Ikuti perkongsiannya di bawah ini.
Pengajaran buat diri sendiri, nak anak cantik ni la makan nya. Beli yang jenis biasa hilang sebelah, beli jenis bulat pon hilang sebelah, ni subang kali ke empat, kali ke empat beli jenis skru.
Memang tak hilang tapi boleh masuk dalam cuping telinga, semua klinik taknak buat sebab naura masih kecik.

Last-last hantar hospital, kena belah sikit cuping telinga naura kena ikat sebab naura meronta, menangis sampai hilang suara.
Doktor suruh ibu pegang kaki naura pon ibu jadi lemah bila dengar adik menangis kejat, maafkan ibu dik, lepas ni tak payah pakai langsung, ibu jadi seram.
Sumber: Eyra Shira