Siakap Keli

Pulangan Dividen Tinggi, Ibu Ayah Boleh Buka Akaun Maybank Yippie Untuk Anak Seawal Baru Lahir

Setiap ibu bapa pastinya mempunyai perancangan yang terbaik untuk anak-anak termasuklah dari segi perngurusan kewangan mereka sejak dari lahir. Antaranya dengan melakukan simpanan atau pelaburan di bank-bank tertentu.

Menerusi perkongsian oleh Siti Nurezah Fikri di Facebook, dia membuka akaun simpanan untuk anak-anaknya melalui Yippie-I akaun di Maybank, khas untuk bayi baru dilahirkan sehingga usia mereka mencecah 18 tahun.`

Selain mendapat pulangan dividen yang tinggi dan pelbagai faedah lain, anak-anak juga berpeluang mendapat pulangan tunai sekiranya menunjukkan pretasi yang baik di dalam pelajaran seperti yang dikongsikan oleh Maybank.

Nak buka akaun untuk anak anak?

Buka kat maybank acc Yippie. Dividen tinggi gaisssss. Untung balik. Minimum buka acc RM100 umur dari baru lahir sampai 17 tahun (bawa sijil lahir dan mykid anak).

Gambar: FB Siti Nurezah Fikri

Nie normal acc savings ya… bukan plan yang tiap-tiap bulan wajib masuk banyak tu banyak nie tu…

Penjaga boleh keluarkan duit anak… sebab wajib ada transaksi masuk dan keluar untuk kekal aktif dan akaun tak jadi dormant (beku).

Gambar: FB Siti Nurezah Fikri

Ada yang tanya dividen tu halal tak?

Saya nak tanya balik cik kak.. akaun savings cik kak tu ada masuk dividen yang sen sen tu dak?? Kalau ada.. HALAL TAK? Ada yang petikai Asb lagi bagus pulak.

Asb itu pelaburan. Yippie nie NORMAL SAVINGS ACCOUNT.

Kak Zah buka semua akaun yang ada hasil untuk anak.. tak rugi buka banyak acc lahhh! Parents kena tau la cara nak manage duit anak.

Sumber: Siti Nurezah Fikri

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.