Siakap Keli

Sharifah Sofia Kenang Semula Memori Bersama NTV7, Ketika Berlakon Dalam Sitkom Spanar Jaya

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon yang memilik wajah ayu kacukan ini, Sharifah Sofia bermula dalam bidang hiburan dengan muncul dalam sitkom ‘Spanar Jaya’ di saluran NTV7. Selepas itu, popular dalam watak drama Nur Kasih dan Gol n Gincu.

Seperti mana yang kita semua tahu, perkhidmatan saluran ntv7 ini telah dihentikan dan ditukarkan kepada saluran TV Pendidikan.

Baru-baru ini, Sofia berkongsi kenangan bersama ntv7 dalam sitkom ‘Spanar Jaya’. Bayangkan semasa umur 15 tahun, beliau sudah mempunyai tanggungjawab besar dalam kerjaya seni ini.

“NTV7 adalah permulaan buat saya. Selepas habis PMR, saya mula dalam bidang hiburan ini. Pernah tangguhkan waktu belajar selama 3 bulan untuk habiskan sesi penggambaran 52 episod Spanar Jaya. Bayaran terbesar sepanjang usia 15 tahun.Pengalaman mengubah kehidupan ini…

 

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang