Siakap Keli
Gambar: Dr Zulkifli Al-Bakri

‘Sub Inspektor Lim’ Selamat Nikah Dengan Pilihan Hati, Dr Zulkifli Doakan Kebahagiaan Pengantin Baru

Siapa yang tidak kenal dengan sosok tubuh yang memegang watak sebagai “Sub Inspektor Lim” atau nama sebenarnya Farid Amirul Hisham Abdullah. Menerusi perkongsian Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, ‘Sub Inspektor Lim’ telah diijabkabulkan bersama pasangannya di di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) semalam.

Dalam perkongsian itu juga, Dr Zulkifli turut mendoakan agar pasangan itu berbahagia dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Dalam masa yang sama, Dr Zulkifli sempat ‘bergurau’ dengan menyatakan bahawa ‘rakan setugas’ ‘Sub Inspektor Lim’ gembira dengan berita tersebut.

“Saya pasti DCP Datuk Helmi dan Detektif Lingam amat gembira dengan perkhabaran ini.”

Gambar: Dr Zulkifli Al-Bakri

Sumber: Dr Zulkifli Al-Bakri

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.