Berat mata memandang, berta lagi bahu yang memikul. Begitulah penderitaan yang terpaksa ditanggung oleh seorang anak kecil yang baru berusia 9 tahun tetapi sudah disahkan menghidap masalah buang pinggang.
Adik Noor Aleeya Syahliana perlu menjalani rawatan Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis (CAPD) di seuah bilik khas di rumah sewa keluarganya dengan memerlukan kos rawatan yang tinggi untuk membantunya meneruskan hidup.
Oleh itu, Tabung Kilat Adik Aleeya telah dilancarkan oleh Kelab Kebajikan & Sukarelawan Sosial – KELSS bagi membantu meringankan beban keluarga dalam tempoh enam bulan dengan membeli barang-barang kepeluan adik Aleeya.
TABUNG KILAT ADIK ALEEYA DILANCARKAN
Sasaran: RM3,733
16.2.21:
Bismillahirahmanirahim, kami dengan ini melancarkan tabung kilat untuk mereka yang ingin berkongsi rezeki bagi membantu meringankan beban adik Noor Aleeya Syahliana Bt Mat Zaid berusia 9 tahun dari Kg Sri Tujuh, Tumpat, Kelantan.
Adik Aleeya yang juga anak ketiga dari 4 beradik itu disahkan menghidap masalah buah pinggang dan perlu menjalani rawatan ‘Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis (CAPD)’ di sebuah bilik yang dijadikan sebagai bilik khas di rumah sewa keluarganya.
Kos keperluan khas adik Aleeya termasuk susu khas, lampin dan kos ulang alik rawatan selain keluarganya tidak mampu menyediakan alat penghawa dingin seperti disarankan oleh pihak perubatan untuk bilik khas adik Aleeya yang digunakan untuk rawatan CAPD sebanyak 4 kali sehari.
Tabung kilat ini mensasarkan perkara perkara berikut:
1) Bekalan selama 6 bulan susu khas ‘Nepro’ seperti disarankan oleh pihak perubatan.
12 botol sebulan x 6 bulan x RM10.80 = RM777.60
2) Bekalan 6 bulan lampin saiz M
4 pack sebulan x 6 bulan x RM19 = RM456
RM1,500
4) Bantuan kewangan untuk ulang alik rawatan
RM1,000
Jumlah : RM3,733
Penyerahan akan dilakukan selepas tabung mencecah sasaran dan selesai proses pembelian.
Pertanyaan melalui WhatsApp: