Siakap Keli
Gambar: India Times

(Video)’Lumpuh’ Dan Tak Dapat Berenang, Rekaan Wanita Ini Buatkan Ikan Emas Kembali Terapung Dalam Air

Bayangkan jadi ikan emas tapi tak boleh berenang. Pasti ramai diantara anda yang tidak pernah dengar berkenaan ikan yang tak boleh berenang kan?

Tapi malangnya, perkara tersebut benar-benar wujud namun atas sebab yang berbeza.

Seekor ikan emas yang tidak boleh berenang dipercayai lumpuh telah dipakaikan jaket keselamatan oleh seorang wanita bagi membolehkannya berenang semula.

Peranti pengapungan yang dipakaikan pada ikan tersebut dapat dilihat dalam satu video yang tular dari Garden Sanctuary di England.

Menurut laporan New York Post, ikan emas yang malang itu menderita gangguan pada pundi renangnya.

Stacey O’Shea, yang menjalankan The Garden Sanctuary dari rumahnya, berusaha untuk mencipta jaket keselamatan khas menggunakan tiub plastik kecil dan T junctions yang biasanya digunakan untuk penapis penyaman udara sebelum menambahkan polystyrene untuk membantu mengurangkan beratnya.

Stacey secara berkala menyesuaikan jumlah polystyrene yang membantu ikan emas itu untuk berenang ke paras yang berbeza di dalam tangki berkenaan.

Dan kini video ikan yang berenang dengan gembira bersama jaket keselamatan tersebut telah menjadi tular di media sosial sejurus selepas ianya dimuat naik.

“Sudah lama ikan itu telah hidup di bahagian dasar tangki tersebut dan keluarganya sangat terdesak dan kasihan untuk mendapatkan bantuan untuknya kembali berenang seperti ikan-ikan lain,” ujar Stacey.

Kes tersebut bukanlah merupakan kes yang pertama kali terjadi. Tahu lalu, seorang lelaki di Massachusetts telah membuat satu jaket pengapungan yang serupa untuk haiwan kesayangannya yang berusia lima tahun kerana tidak boleh berenang.

Sumber: India Times

Aqmal Ezany

I write what is right