Siakap Keli
Kredit: Google

Bukan Sekadar Untuk ‘Gantung’ Tangan, Rupanya Ini Fungsi Sebenar Pemegang Ni Dicipta

Ada yang menggunakan pemegang di atas pintu kereta sebagai tempat gantung pakaian, ada juga yang menjadikannya sebagai tempat berpaut ketika kenderaan laju atau di luar kawalan.

Bagaimanapun, pemegang ini sebenarnya diciptakan dengan tujuannya tersendiri. Menurut Mental Floss, kebiasaannya, kita memerlukan tempat ‘bergantung’ ketika menaiki atau menuruni kenderaan yang lebih besar tanpa perlu melompat keluar.

Bagi kenderaan yang lebih kecil pula, ia berperanan untuk membantu golongan kelainan upaya, warga emas dan wanita hamil untuk mendapatkan sokongan ketika masuk atau keluar daripada kenderaan.

Ketika mereka cipta van mini Mercury Monterey pada awal 2000, salah seorang jurutera Ford Motor Company bernama Jared Glaspell telah menggunakan simulator kehamilan bagi menghasilkan kenderaan yang lebih selesa bagi mereka yang bakal menimang cahaya mata.

“Saya menjadi lebih peka di mana panel kawalan terletak. Saya ingin lebih pemegang untuk berpaut ketika masuk dan keluar dari kenderaan,” katanya dalam satu temubual oleh The Detroit News pada Mei 2003.

Mungkin ada yang tertanya-tanya, mengapa tiada pemegang pada siling bahagian tempat duduk pemandu?

Tambah portal itu, ia kerana fungsi itu boleh didapati pada stereng yang sering digunakan sebagai tempat berpaut. Selain itu, ia juga dipercayai boleh mendorong pemandu memandu dengan sebelah tangan sambil memegang pemaut tersebut, yang mungkin boleh menjadi risiko keselamatan.

Sumber: Mental Floss

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.