Pelakon kelahiran Singapura, Hannah Delisha, 25, selamat menamatkan zaman bujang dengan jejaka pilihannya, Imam Shah, setelah lima tahun bercinta.
Menerusi perkongsian menerusi entri Instagram (IG), Hannah atau nama sebenarnya, Hannah Adlina Blackburne Birch memuatnaik dua keping gambar di dalam majlis pernikahannya, sebentar tadi.
”Finally, after 5 years. Alhamdullilah. I love you @imamemy,” tulisnya berserta tanda pagar (hashtag) imam pada hannah.
Hubungan yang dijalinkan secara ‘diam-diam’ sehingga ke jinjang pelamin itu ternyata mengejutkan ramai peminat dengan mendapat 142 ribu tanda suka dan dibanjiri dengan ratusan komen oleh warganet.
Sementara itu, suami Hannah menerusi akaun @imamemy di Instagram turut memuatnaik gambar mereka setelah sah bergelar suami isteri.
”It’s always you. In the name of the Most Gracious, Most Merciful. I love you @hannahdelisha,” beserta tanda pagar yang sama.
Sumber: Instagram Hannah Delisha