Rumah merupakan salah satu aset yang berguna untuk masa hadapan kita. Dengan percaturan kewangan yang baik, sesiapa sahaja mampu membeli rumah baik untuk dijadikan tempat tinggal sendiri atau disewakan kepada orang lain.
Penasihat hartanah, saudara Harith Faisal baru-baru ini berkongsi kisah seorang individu berusia 25 tahun yang berjaya membeli rumah hasil bekerja selama tiga tahun dengan gaji RM1,700.
Pesan beliau, antara yang penting adalah kita perlu memastikan baki akaun bank kita pada hujung bulan boleh meyakinkan pihak bank untuk memberikan pinjaman. Mari baca perkongsian beliau di bawah.
Gaji RM1,700 pun boleh beli rumah. Memang susah, tapi tak mustahil. Nak beli rumah dengan gaji kecil, yang paling penting adalah simpanan.
Tahniah kepada adik ni. Umur baru 25 tahun, tapi kesedaran tu tinggi. Dapat beli rumah selepas 3 tahun bekerja. Very inspiring.
Kalau kau yang nak beli rumah, pastikan baki dalam akaun kau bukan angka RM10 hujung bulan tau. Bank memang tak nak pandang.
Nak beli rumah harga RM180,000 ansuran bulanan RM800 tapi hujung bulan sengkek, memang bank takkan yakin dan tak nak luluskan.
Kukuhkan simpanan. Jangan harap kat gaji sedia ada saja. Memang tak cukup nak simpan banyak. Kena buat side income lah jawabnya.
Kalau kau nak buat simpanan, kena letak dalam akaun bank sendiri dan Tabung Haji sendiri. Bukan dalam akaun awek atau bini kau.
Sekadar peringatan, bank hanya luluskan home financing kau kalau bank yakin kau mampu bayar balik ansuran cun melecun setiap bulan.
Bank bukan pusat kebajikan, bank adalah entiti bisnes. Jadi, kau kena cari jalan macam mana nak yakinkan bank dengan gaji kecil kau.
Simpanan! – HF

Sumber: Harith Faisal