Siakap Keli
Gambar: Daily Star

“Mengapa Ada 3 Lengan Sedangkan Ada 4 Botol?,” Foto ‘Ilusi Optik’ Ni Timbulkan Persoalan, Ini Rupanya Jawapan Sebenar

Satu foto yang menunjukkan sekumpulan lelaki sedang mahu minum telah menjadi tular di media sosial.

Walaupun ianya kelihatan seperti gambar yang biasa, namun jika anda melihat dengan lebih teliti, gambar itu pasti akan membingungkan anda.

Ilusi optik yang terdapat pada gambar itu menunjukkan empat botol kaca minuman, namun jika sekali imbas, hanya terdapat tiga tangan sahaja yang kelihatan.

Oleh kerana ada 4 botol kaca minuman yang dipegang di dalam gambar itu, pastinya ada orang keempat bukan?

Gambar tersebut pertama kalinya telah dikongsi di laman Reddit, dengan kapsyen: “Otak saya enggan mempercayai bahawa terdapat empat orang yang ada di dalam foto ini.”

Jadi, bolehkah anda melihat di mana tangan seorang lagi yang memegang botol kaca minuman tersebut?

Apabila gambar tersebut dikongsi di laman Twitter, ianya telah berjaya mengumpul lebih daripada 40 ribu retweet dan lebih 200 ribu likes.

“Saya bingung, mengapa ada 3 lengan sedangkan ada 4 botol?” tulis seorang warganet.

“Lepas saya tengok foto ini saya bertanyakan pada diri saya, adakah saya buta atau ada perkara lain ke yang berlaku dalam gambar ni,” seorang lagi warganet komen.

Sekiranya anda masih lagi berusaha untuk mencari tangan orang keempat itu, kami akan memberikan anda petunjuk.

Terdapat seseorang yang sedang memakai jaket bercorak camouflage di situ.

Sumber: Daily Star

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.