Siakap Keli
Gambar: KKM, International Airport Review(Gambar Hiasan, Kanan)

“Tidak Dikeluarkan Oleh KKM,” Imej ‘Borang Persetujuan Suntikan Vaksin COVID-19’ Yang Tular Adalah Palsu

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi perkongsian di laman Facebook rasminya telah menyatakan bahawa imej ‘Borang Persetujuan Suntikan COVID-19’ yang telah tersebar di media sosial adalah palsu.

Menurut KKM, pihaknya tidak pernah mengeluarkan borang persetujuan tersebut.

Bagi mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsian itu seperti berikut:

Tular di media sosial mengenai kononnya borang berikut adalah Borang Persetujuan Suntikan COVID-19.

Pihak Kementerian Kesihatan ingin menjelaskan bahawa imej tersebut adalah palsu / fake news, ianya tidak dikeluarkan oleh KKM dan bukanlah borang persetujuan (consent form) untuk Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Tular di media sosial mengenai kononnya borang berikut adalah Borang Persetujuan Suntikan COVID-19. Pihak Kementerian…

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Wednesday, February 17, 2021

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.