Siakap Keli

(Video) Tak Boleh Berenggang Dengan Tuan, Kucing Seakan Menangis Saat Ditinggalkan Sendirian

Seekor kucing peliharaan di China tular setelah rakaman CCTV menunjukkan ia menangis ketika ditinggalkan sendirian di rumah.

Kucing baka British Shorthair yang diberi nama Fu Fu itu menangis ketika mendengar pemiliknya memanggil namanya melalui monitor rumah.

Menurut Daily Mail, pemiliknya, Meng, mengatakan bahawa dia sedang memeriksa kucingnya itu melalui aplikasi pengawasan di telefonnya dan terlihat momen menyentuh hati itu.

Ia dirakam pada malam 8 Februari di Xuzhou, China timur setelah Meng pulang ke rumah ibu bapanya di sebuah bandar berdekatan untuk meraikan Tahun Baru Cina.

Video berdurasi 17 saat itu telah mendapat sebanyak 8 juta tanda suka dan Fu Fu mendapat jolokan sebagai ‘kucing yang ditinggalkan’.

Meng juga memberitahu kepada MailOnline bahawa dia memutuskan untuk meninggalkan Fu Fu di rumah kerana takut haiwan itu tidak terbiasa dengan rumah ibu bapanya.

Tambahnya lagi, Fu Fu juga dianggap olehnya sebagai seekor kucing yang pemalu dan clingy.

Dia juga telah menyediakan makanan dan minuman yang secukupnya untuk Fu Fu sebelum meninggalkan rumahnya dan sentiasa menonton rakaman pengawasan.

Menerusi video itu, dapat dilihat air mata Fu Fu jatuh berjuraian setelah pemiliknya memanggil namanya melalui monitor.

Semasa terdengar suara Meng, Fu Fu dilihat menoleh ke belakang dan melihat ke arah pintu sebelum berpusing semula untuk menyentuh kamera dengan kaki.

“Saya merasa sedih ketika melihat momen itu,” kata Meng.

Disebabkan itu juga, dia telah pulang ke rumah empat hari lebih awal daripada rancangan asalnya.

Sumber: Daily Mail

Sofea

There's always another side to every story