Siakap Keli

Abang-abang Boleh Cuba, Ini Tips Mudah Hidupkan Bara Api Untuk Panggang, Guna Kotak Telur Je

Siapa yang biasa buat ‘bakar-bakar’ macam ayam panggang ke, sate ke, ikan bakar ke, mesti dah maklum bukan senang rupanya nak hidupkan api, kan?

Kalau yang sudah biasa berkhemah dalam hutan, mungkin menghidupkan api bukan jadi masalah besar sebab asasnya sudah tahu iaitu boleh guna ranting pokok misalnya.

Tapi yang mungkin belum berpengalaman, agak makan masa jugalah nak hidupkan api. Tapi jangan risau, ada cara yang lagi mudah kita boleh cuba.

Seperti yang dikongsikan dalam group Facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ni – Official (MATJHN), ada satu tips mudah macam mana nak hidupkan api guna kotak telur saja. Jom ikuti perkongsian ini.

Cara mudah sediakan bara untuk panggang

1. Letak bekas telur yang dipotong ikut saiz pemanggang.

Saiz pemanggang ada bermacam-macam jenis. Ikutlah guna yang mana satu, bergantung pada makanan apa yang kita nak panggang. Kotak telur tu gunakan saja kotak-kotak lama di dapur tu. Potong ikut saiz pemanggang.

Kredit: MATJHN

2. Tuang minyak masak terpakai ke atas bekas telur.

Macam yang kita faham, minyak adalah salah satu ‘penghidup’ api. Jadi dalam proses nak mulakan pembakaran, ada baiknya kita perlukan ‘bantuan’ minyak. Tak perlu guna minyak tanah atau petrol. Cukup sekadar minyak masak terpakai. Asalkan api boleh hidup.

Kredit: MATJHN

3. Nyalakan (api) di bekas telur.

Lepas basahkan kotak dengan minyak masak terpakai tadi, hidupkanlah api. Bukan betul-betul terus di atas permukaan minyak. Menyambar nanti apinya, terbakar pula tangan nanti. Cukup sekadar bakar di bahagian hujung kotak yang kering. Nanti api itu merebaklah perlahan-lahan.

Kredit: MATJHN

4. Letak arang di atas bekas telur.

Agak-agak setelah beberapa minit api membakar kotak dengan ‘cantik’, jadi bolehlah letakkan kayu arang ke atas api tersebut. Sama ada nak guna arang jenis kayu atau batu, dua-dua pun boleh. Janji arang.

*maaf tiada gambar pula

5. Biarkan terbakar hingga jadi bara.

Api yang membakar kotak tadi akan mula ‘memakan’ arang. Makin lama, api pasti akan membesar. Biarkan ia terus membakar dalam tempoh beberapa minit sampailah menjadi bara.

Kredit: MATJHN

6. Sedia untuk memanggang.

Lepas api sudah ‘surut’ menjadi bara dan suhunya dirasakan sesuai, barulah kita boleh memulakan sesi memanggang. Panggang mestilah di atas haba panas bara yang berasap, bukan atas api terus ye. Kalau tidak, hitam legamlah ayam tu jawabnya nanti.

Kredit: MATJHN

Mudah kan? Boleh cuba buat sendiri di rumah nanti esok. Bolehlah manfaatkan masa cuti hujung minggu dengan keluarga sambil layan ayam panggang.

Sumber: Masak Apa Tak Jadi Hari Ini Official

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'