Siakap Keli

Kanak-Kanak Tinggal Di Rumah Tiada Had Peraturan ‘Screen Time’, Ini 5 Tips Yang Ibu Ayah Boleh Cuba

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kanak-kanak bawah usia 5 tahun sangat tidak disarankan untuk menghabiskan masa dengan menonton televisyen atau bermain telefon pintar. Dilema ibu bapa sentiasa ‘senyapkan’ anak dengan gajet ini sudah berleluasa.

Tidak dinafikan sesetengah ibu bapa mengambil jalan pintas dengan memberikan gajet dan televisyen kepada anak-anak bagi mengelakkan diganggu semasa mereka membuat sebarang kerja di rumah.

Perkongsian daripada Dr Redza Zainol tentang satu kajian yang dijalankan oleh kumpulannya tentang kanak-kanak di rumah sekarang ini dikatakan tiada had masa ‘screen time’. Mungkin selepas ibu bapa akan mula sedar selepas membawa perkongsian daripada doktor ini.

“Rupa-rupanya ramai kanak-kanak tinggal di rumah yang tak ada langsung peraturan tentang “Screen Time.”

Gambar Sekadar Hiasan

Menurut 1 kajian, 70% kanak-kanak usia 8-18 tahun tak pernah diperkenalkan dengan peraturan menonton TV di rumah. Dua pertiga daripada kanak-kanak kata TV di rumah dibuka ketika makan. Hampir separuh kanak-kanak kata TV di rumah dibiar terbuka sepanjang hari.

MENONTON TV tanpa kawalan ni tak bagus sebab ia ialah aktiviti pasif.

  • Kanak-kanak tak perlu beri apa-apa respon (Komunikasi cuma sehala).

BERINTERAKSI pula ialah aktiviti aktif.

  • Kanak-kanak melihat, mendengar, memahami dan memberi komen atau jawapan (Komunikasi dua hala)

TIPS MAK AYAH

1. Galakkan anak bermain dalam aktiviti rangsangan fizikal dan interaksi dua hala.
– main board game, puzzle.

2. Bekalkan anak dengan buku bacaan berkualiti

3. Pantau rancangan TV yang ditonton. Jika ada unsur yang tak sesuai, mak ayah sebaiknya beri penjelasan.

4. Alihkan semua gajet/TV/komputer keluar dari bilik tidur anak.

5. Jadi “role model” untuk anak. Kita hadkan “Screen Time” diri sendiri jadi 2 jam saja sehari.

 

Sumber: Redza Zainol

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.