Siakap Keli
Kredit: Google/Maybank

Maybank Dedah 3 Pautan Palsu Laman Web Mirip Maybank2u, Pastikan Semak Sebelum Tekan

Seiring perkembangan perbankan atas talian yang memudahkan kita, golongan scammer pula semakin bijak membuat tipu helah agar dapat mengakses akaun para pengguna.

Sebelum ini tular beberapa kes di mana pengguna Maybank mengadu telah ditipu oleh laman sesawang yang menyerupai laman rasmi Maybank2u ketika membuat urusan atas talian.

Namun, laman yang pernah tular itu bukanlah satu-satunya website palsu yang dikendalikan para penipu. Mereka juga mempunyai beberapa laman web lain yang digunakan untuk memperdaya pengguna.

Berikut adalah senarai laman web palsu yang menyerupai Maybank2u, menurut perkongsian Maybank sendiri.

Kami telah menerima laporan mengenai lebih banyak laman web palsu yang serupa dengan Maybank2u, dicipta oleh penipu atas talian untuk mencuri maklumat anda.

Jangan klik link tersebut. Cara paling selamat untuk mengakses akaun Maybank2u anda ialah dengan sentiasa menaip URL www.maybank2u.com.my secara manual ke dalam pelayar.

Jika anda telah terkongsi maklumat log masuk Maybank2u anda kepada laman web palsu ini, sila hubungi kami segera di 03-5891-4744.

Pastikan anda semak dahulu URL sebelum menekan bagi mengelakkan maklumat perbankan anda dicuri.

We’ve been receiving reports that there are more FAKE websites that look identical to Maybank2u, created by online…

Posted by Maybank on Tuesday, February 16, 2021

Sumber: Maybank

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.