Siakap Keli
Gambar Via MustaffaAlBakri

Mungkin Ramai Tak Tahu, Wang Kertas Singapura Ini Papar Wajah Leftenan Adnan

Setiap cetakan wang kertas di dunia sememangnya mempunyai makna yang tersendiri khususnya dalam menghargai perjuangan tokoh yang telah membangunkan sesebuah negara.

Tidak terkecuali di Singapura, bank di negara itu juga mengeluarkan wang kertas yang memaparkan wajah tokoh-tokoh penting termasuk Presiden pertama negara itu, Yusof Ishak.

Namun, pengeluaran wang kertas sempena sambutan ulang tahun ke-200 republik itu pada tahun 2019 kini kembali tular dan menarik perhatian ramai.

Manakan tidak, potret pejuang yang juga cukup dikenali di negara ini, Leftenan Adnan Saidi, turut dipaparkan di wang kertas 20 dollar.

Ia dianggap sebagai satu penghargaan yang besar untuk seorang pejuang Melayu.

Menurut Monetary Authority of Singapore, Bank Negara Singapura mengeluarkan wang kertas tersebut bagi memberikan penghormatan kepada tokoh yang meletakkan asas bagi Singapura moden termasuk Munshi Abdullah, Henry Nicholas Ridley dan Tan Kah Kee.

Sumber: MustaffaAlBakri, Monetary Authority of Singapore

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.