Siakap Keli

Murid Pra-Sekolah, Tahun 1 & 2 Akan Hadir Ke Sekolah Bermula 1 Mac Ini – Men. Pendidikan

Menerusi sidang media hari ini, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Mohd Radzi Jidin, memaklumkan bahawa murid bagi pra-sekolah, tahun satu dan tahun dua akan hadir ke sekolah bermula pada 1 Mac 2021.

Menurutnya, murid bagi tahun tiga, tahun empat, tahun lima dan tahun enam pula akan mula hadir ke sekolah pada 8 Mac 2021.

Tambahnya lagi, murid pra-sekolah, tahun satu dan tahun dua yang dibenarkan ke sekolah lebih awal adalah kerana bagi membiasakan diri mereka dengan SOP baharu.

“Seperti yang kita tahu, murid-murid ini pada tahun lepas, jumlah hari mereka bersekolah secara bersemuka adalah amat terhad.

“Pembukaan lebih awal ini akan memberi ruang kepada guru-guru untuk membiasakan anak-anak ini dengan SOP baru di sekolah,” katanya.

Sumber: RTM

Sofea

There's always another side to every story