Siakap Keli
Gambar: Oddity Central

Nak Kekal Bersama Setiap Saat, Pasangan Ini ‘Gari’ Tangan Selama 3 Bulan Untuk Uji Hubungan

Sepasang pasangan kekasih muda Ukraine memutuskan untuk menguji perhubungan mereka dengan menggarikan tangan mereka menggunakan rantai besi tebal selama tiga bulan, lapor Oddity Central.

Pada tahun ini, Alexander dan Viktoria, pasangan muda dari Ukraine, telah memutuskan untuk menyambut Hari Kekasih dengan sedikit kelainan daripada tahun-tahun sebelumnya.

Pada 14 Februari lalu, mereka berdua telah pergi ke Kiev untuk digari dan dimeterai berkenaan cubaan rekod itu oleh wakil daftar rekod negara.

Matlamat mereka adalah untuk kekal bersama setiap saat, selama tiga bulan. Ianya termasuklah tidur, mandi bersama dan bahkan pergi ke tandas bersama.

“Kami ingin mencipta rekod,” kata Alexander kepada wartawan Ukraine. “Terdapat rantai yang dipasang pada kami, dan rantai itu telah dipatri,” ujarnya.

Pasangan muda itu menyatakan bahawa mereka yakin mereka dapat bertahan selama tiga bulan hidup bersama, tetapi jika mereka berkeputusan untuk menamatkan cubaan itu sebelum mencapai tujuan mereka, mereka memerlukan seseorang untuk memotong rantai tersebut dengan alat pemotong khas, kata Vitaly Zorin, pendaftar rekod kebangsaan Ukraine.

Zorin menambah bahawa dia turut memeriksa ‘kewarasan’ Alexander dan Viktoria sebelum menerima untuk memantau percubaan romantis mereka itu. Pada 14 Februari, pasangan tersebut memutuskan untuk mematri rantai tersebut di hadapan Patung Perpaduan, di Kiev, sebagai simbol komitmen mereka di antara satu sama lain.

Pasangan muda itu akan mendokumentasikan pengalaman mereka selama tiga bulan di media sosial. Cabaran pertama mereka bermula ketika dalam perjalanan pulang apabila salah seorang daripada mereka ingin masuk ke tandas.

Mereka telah memutuskan untuk menggunakan tandas wanita dan telah mendapat reaksi yang mengejutkan daripada cleaner tandas tersebut.

Sejak beberapa hari kebelakangan ini, Alexander dan Victoria telah memuat naik foto serta klip rutin harian mereka yang terbukti mencabar dalam keadaan yang mereka tempuhi sekarang ini.

Mereka berdua terpaksa memakai pakaian khas yang mempunyai banyak zip, bergilir-gilir menggunakan pancuran air, dan harus merancang setiap tindakan mereka untuk memastikan mereka berdua boleh menyelesaikan sesuatu perkara.

Walaupun pasangan tersebut yakin bahawa mereka mampu untuk bertahan selama tiga bulan bersama, ada juga yang menaruh harapan pada cubaan rekod mereka itu. Malahan, ada juga yang turut bertaruh di media sosial Ukraine berkenaan selama manakah mereka akan berputus asa dengan cubaan itu.

Sumber: Oddity Central

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.