Siakap Keli

“Pakai Saja Kereta Lama..,” Ini 10 Perkara ‘Jangan’ Buat Ketika Gawat

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bukan satu kerja yang mudah untuk sesetengah orang menyimpan wang. Ya, kalau tak simpan awal-awal, boleh jadi susah hidup kita. Contohlah kalau berlaku apa-apa kecelakaan, mana nak ‘cekau’ duit tu?

Tidak dinafikan zaman sekarang memang banyak benda memerlukan duit. Macam orang cakap, nak masuk tandas awam pun kena duit.

Jadi, untuk mengelak seseorang itu mengalami ‘gawat’, korang kena ikuti perkongsian daripada Tuan Azizul Azli Ahmad tentang 10 perkara ‘jangan’ dilakukan ketika mengalami kesempitan wang.

JANGAN-JANGAN BILA GAWAT.

1. Jangan tukar kerja waktu ini kerana yang ‘terakhir masuk, paling awal keluar’

2. Pakai saja kereta lama jangan berangan nak pakai Honda, beli logo Honda tampal tak mengapa.

3. Jangan bina hutang baru, hutang lama kambus segera dulu.

4. Jangan belanja simpanan kecemasan yang ada, bila bila masa akan berguna. Besarkan dana kecemasan yang ada.

5. Jangan lupa sedekah, walau kita saat sedang susah sebenarnya.

6. Jangan beli rumah mewah, duduk rumah pangsa bukan dosa.

7. Jangan banyak tengok katalog Ikea, nanti geram nak tukar sofa.

8. Jangan malas membaca, ada banyak idea tambah pendapatan yang luar biasa sebenarnya.

9. Jangan ‘dating’ di Pavilions, makan roti harga macam makan kambing sahaja.

10. Jangan lupa cari pendapatan tambahan, buat buat tidur dan harap orang derma dalam akaun kita. Itu kerja giler.

Gawat datang lagi, kali ini lebih ngeri. Bersedialah kita untuk zaman kering ini, katanya panjang musim kering kali ini. Bersedialah kawan-kawan. Banyakan membaca dan bersedia, banyak idea jana wang sebenarnya.

 

Sumber: Azizul Azli Ahmad

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.