Siakap Keli

Sekolah Menengah Kembali Dibuka Bermula 4 April Bagi Kumpulan A & 5 April Bagi Kumpulan B

PUTRAJAYA, 19 Feb – Semua murid sekolah menengah bagi setiap tingkatan akan kembali hadir ke sekolah selepas tamat cuti pertengahan penggal iaitu pada 4 dan 5 April ini.

Menteri Pendidikan, Datuk Mohd Radzi Md. Jidin berkata, ia berikutan sesi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang akan berakhir pada hujung Mac ini.

“Dan cuti pertengahan penggal adalah antara 26 dan 27 Mac sehingga 3 dan 4 April.

“Maka murid sekolah menengah akan hadir ke sekolah sejurus selepas cuti pertengahan penggal,” katanya dalam sidang media hari ini.

Pembukaan semula sekolah tersebut bergantung kepada kumpulan zon sekolah masing-masing, iaitu Kumpulan A meliputi Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu, manakala Kumpulan B pula meliputi Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur, WP Putrajaya dan WP Labuan.

Jelasnya, sekolah-sekolah bagi Kumpulan A akan dibuka semula pada 4 April, manakala sekolah-sekolah Kumpulan B pula akan dibuka pada 5 April keesokannya.

Dalam pada itu, bagi pelajar vokasional yang mengambil Sijil Vokasional Malaysia tahun satu semester dua dan Diploma Vokasional Malaysia tahun satu semester dua akan hadir semula pada 1 Mac ini.

Manakala bagi semua peringkat pelajar vokasional selainnya akan kembali hadir pada 8 Mac, 4 dan 5 April.

Selain itu, tarikh pembukaan semula sekolah menengah swasta dan sekolah antarabangsa untuk semua peringkat pelajar juga turut akan mengikuti jadual yang sama seperti sekolah kerajaan mengikut kumpulan zon masing-masing.

Sumber: KPM melalui RTM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.