Siakap Keli
Kredit gambar: BERNAMA

Semua Masjid, Surau Jumaat & Surau Di Kawasan PKPB Di Wilayah Persekutuan Dibenarkan Buat Aktiviti Pengimarahan Antaranya Kuliah Subuh, Tetapi Ikut SOP

PUTRAJAYA, 19 Feb – Semua masjid, surau Jumaat dan surau di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di wilayah-wilayah persekutuan dibenarkan untuk menjalankan tazkirah dan zikir munajat selepas solat Maghrib hingga masuk waktu Isyak setiap hari.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, aktiviti tersebut dibenarkan dengan had bilangan jemaah sebanyak 50 peratus daripada kapasiti dewan solat utama masjid, surau Jumaat dan surau dengan penjarakan fizikal 1.5 meter.

Jelasnya, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menetapkan beberapa lagi pelaksanaan aktiviti pengimarahan institusi masjid yang dibenarkan seperti yang berikut.

“Kuliah Subuh selama tidak melebihi 30 minit dibenarkan dengan penjarakan fizikal 1.5 meter

“Majlis akad nikah juga dibenarkan denhgan kehadiran tidak melebihi 30 orang, tertakluk kepada keluasan dewan solat utama masjid dengan penjarakan fizikal 1.5 meter,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu, aktiviti lain yang turut dibenarkan adalah mengadakan solat hajat, bacaan Yaasin, doa munajat dan tahlil pada setiap malam Jumaat.

“Institusi masjid juga dibenarkan untuk mengadakan solat hajat selepas Maghrib pada setiap malam dan selepas solat Jumaat,” tambahnya.

Difahamkan, semua kebenaran bagi aktiviti pengimarahan tersebut masing-masing ditetapkan dengan penjarakan fizikal 1.5 meter.

Bagaimanapun, bilangan jemaah dan lain-lain ketetapan di semua masjid, surau Jumaat dan surau-surau di kawasan PKP pula adalah masih tertakluk dengan ketetapan yang dikuatkuasakan sebelum ini.

Jelasnya, ia berkenaan dengan perubahan terhadap jumlah kehadiran akad nikah tidak melebihi 30 orang, tertakluk kepada keluasan dewan solat utama masjid dengan penjarakan fizikal 1.5 meter.

 

Sumber: Twitter Dr. Zulkifli

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.