Tiada yang lebih bermakna buat seorang isteri selain ditemani oleh suami ketika saat-saat melahirkan anak.
Namun, dalam keadaan pandemik COVID-19 pada ketika ini, suami tidak dibenarkan untuk berada di samping isteri.
Menerusi ciapan Syaza Joe di Twitter, dia berkongsi saat-saat ketika dia melahirkan anakn dan suaminya hanya mampu menemaninya melalui aplikasi WhatsApp.
sebab i terlalu takut and dia tak boleh teman i , i takut bila doc kata i terpaksa czer šš pic.twitter.com/0j7f7Qukfc
— joe hensem (@syazaajoee) February 18, 2021
Lebih memeritkan, dia ketakutan kerana terpaksa bersalin secara caesarean.
Pun begitu, segalanya berjalan dengan lancar dan dia selamat melahirkan bayi lelaki.
Apa yang menarik perhatian adalah apabila suaminya terpaksa mengazankan bayi mereka melalui voice note.
Menjengah ke ruangan komen, ramai terharu melihat perbualan Syaza dan suami serta memuji kecomelan bayi mereka.
Sumber: Syazaajoee