Siakap Keli
Gambar Hiasan via Gregory Pest Solutions

Waspada Ancaman Ular Ketika Cuaca Panas, Keluar Habitat Cari Tempat Sejuk Dan Sumber Makanan

Ramai orang yang pastinya mempunyai masalah dengan haiwan yang dikenali sebagai ular ini. Bukan hanya kerana risau akan faktor keselamatan, malahan risau dengan ancaman yang dibawa oleh haiwan berbisa ini.

Penting untuk diingati bahawa ular juga adalah merupakan organisma yang hidup dan memerlukan keperluan asas seperti haiwan-haiwan lain. Dan seperti haiwan lain, mereka ini juga akan ditemui di tempat yang sesuai dengan habitatnya.

Kenapa ular keluar pada musim panas

Menurut portal Gregory Pest Solutions, sebab utamanya adalah ular merupakan haiwan reptilia yang berdarah sejuk. Ini bermakna, ianya tidak dapat menghasilkan haba pada badan mereka sendiri dan harus mendapatkan haba dari sumber lain.

Semasa musim sejuk, sebahagian daripada mereka akan tinggal di ruang bawah tanah manakala yang lain akan memilih untuk masuk ke tempat tinggal manusia. Disebabkan itulah, banyak kes orang ramai menjumpai ular-ular ini bersembunyi di rumah mereka.

Ular mungkin akan bersembunyi pada musim sejuk dan akan keluar pada musim panas untuk berjemur. Haba panas menghasilkan tenaga untuk menolong mereka mencerna makanan dan memastikan tubuh mereka kekal aktif.

Hawan ini juga mempunyai metabolisme yang sangat perlahan dan boleh bertahan sehingga berbulan-bulan tanpa makanan.

Hati hati

Posted by Public Health Malaysia on Thursday, February 18, 2021

Kenapa ular wujud di kawasan persekitaran anda

Ular hanya akan tinggal di tempat di mana mereka mempunyai akses terhadap makanan, tempat berlindung dan air. Mereka adalah haiwan jenis karnivor, jadi anda tidak perlu risau tanaman anda rosak dimakan oleh mereka.

Sebaliknya, anda hanya mungkin akan terserempak dengan mereka ketika mereka memakan haiwan perosak seperti tikus, serangga, dan juga ular lain.

Shaun Moynihan, Pengurus Gregory bahagian Atlantik Tengah menyatakan, “Kawasan sempit serta kawasan penyimpanan barang mungkin merupakan kawasan yang berpotensi tinggi untuk haiwan ini menjadikan sarang kerana terdapat sumber makanan”.

Oleh kerana itu, penting untuk mengelakkan haiwan ini menjadikan kawasan kediaman anda sebagai habitat mereka. Ianya dapat dielakkan dengan “mengubah persekitaran” rumah anda yang bermaksud mengemas barangan atau kedudukan sesuatu tempat itu bagi menjauhkan daripada menjadi habitat ular.

Kesimpulannya, adalah dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dengan ancaman ular terutamanya ketika musim panas ini. Apa tidaknya, ular akan keluar dari habitatnya untuk mencari tempat yang lebih sejuk dan mempunyai sumber makanan.

Sumber: Gregory Pest Solutions

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: