Siakap Keli
Gambar: Ustaz Ebit Lew

“Ya Allah Macam Mimpi…”, Ustaz Ebit Lew Teruja Dapat Bertemu Sheikh Habib Ali, Diberi Suntikan Semangat

Baru-baru ini, pendakwah dermawan Ustaz Ebit Lew berpeluang bersua wajah dengan agamawan yang disegani ramai, Sheikh Habib Ali Zainal Abidin dalam satu pertemuan.

Jelasnya, pertemuan ini adalah saat yang dinanti-nantikannya selama ini. Demikianlah dua figura ini bertemu dan saling berkongsi keberkatan masing-masing.

Mari ikuti perkongsian yang dititipkan Ustaz Ebit Lew di Facebooknya di bawah ini.

Gambar: Ustaz Ebit Lew

Terharu sebak sangat rasa. Ya Allah macam mimpi dapat ziarah guru yang teramat mulia Syeikh Habib Ali Zainal Abidin.

Masa saya tengah bersedih beliau call saya dan beri kata semangat yang asbabnya Allah beri kekuatan. Sifat dan layanannya terasa seperti keluarga dekat. Sayang dan terlalu hormat padanya.

Dijamu makan bersama. Pohon doa dan nasihat. Habib Ali pesan buat kerja ini setiap hari betapa Nabi SAW gembira. Walau ujian besar dan penat sangat.

Tapi melihat hasilnya. Anak terbiar dapat disekolahkan dan dididik. Dapat melihat senyuman orang lain. Melihat kerja dan tanggungjawab lebih besar dan terus jangan berhenti.

Gambar: Ustaz Ebit Lew

Terasa rapat sangat dengan beliau. 2 jam bersama dapat banyak ilmu dan sirah Nabi SAW. Saat bersama Habib Ali terasa rindu pada Nabi SAW dan keluarga Nabi SAW.

Ya Allah satu hari nanti temukanlah kami dengan Nabi SAW, keluarga Nabi SAW dan Para Sahabah (RHUM).

Almarhum ayahanda tercinta Habib Ali Zainal Abidin baru meninggal dunia. Semoga Allah hadiahkan syurga Firdaus buat ayahanda beliau.

Dan terus beri kekuatan pada Habib Ali Zainal Abidin sentiasa sihat dipanjangkan usia dan keberkatan untuk terus membimbing ummah- Ebitlew

Gambar: Ustaz Ebit Lew

Sumber: Ustaz Ebit Lew

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'