Setiap wanita yang melahirkan anak pastinya mengalami kenangan yang tak dapat dilupakan sepanjang hayat.
Antaranya, seperti perkongsian oleh Puan Athirah Yusof menerusi Facebook yang melahirkan bayi perempuan di dalam kereta sambil ditemani oleh suami dan dua orang anak kecil yang memberikan sokongan.
Menurutnya, dia terus melahirkan bayi tersebut sejurus tiba di hadapan wad kecemasan bersalin Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sebelum dibawa mendapatkan rawatan.
BERSALIN DALAM KERETA.
Ini bukan cobaan.. Ini betul-betul..
Memandangkan ramai gak kekawan yang PM tepi suruh tya cerita balik macam mana keadaan bersalin dalam kereta hari tu. So hari ni boring-boring masih dok kat wad ni, kita buat la karangan untuk korang hayati. Gittew.
Dalam perjalanan tu contraction makin lama makin kuat. Rasa macam 2 minit sekali macam tu. The struggle is real. Tak boleh fikir apa dah jerit tahan sakit sambil suruh husband drive cepat sikit.
Paling best part Anas bagi moral support ”Mama tahan sikit ye, mama kena kuat.” Atiq pulak bahagian bebel ”Papa cepat la sikit, mama sakit tu”. Terharu dengar. Tapi tengah sakit sanga-sangat, tak terluah nak cakap terima kasih kat dua hero aku tu.
So aku tak ada pilihan, buka terus seluar and tetiba…
1.11pm- Ploopps, baby menggelongsor keluar. Maka lahirlah seorang baby girl, seberat 2.6kg lahir ke dunia ni.
Terpinga sekejap Atiq dan Anas tengok adik dia yang dah ada depan mata berlumuran darah tu. Siap je husband azan dan iqamatkan baby, datang dua orang nurse potong tali pusat baby dan bawa aku terus ke wad bersalin.
1. Selalu doa, minta-minta la kerajaan izinkan suami teman wife bersalin time covid ni. (Sekali bukan suami je teman, dengan anak-anak sekali teman)
2. Selalu doa, tak nak buat swab test. (Sebab orang cakap swab tu sakit)
3. Selalu doa, tak nak contraction lama-lama.
4. Selalu doa, tak nak kena seluk check jalan banyak kali.
Ya rabbi, syukur se sangat.
Allah permudahkan urusan bersalin kali ni.
Ps: Sorry husband, Fitri Selamat, sebab sepanjang jalan ke hospital saya marah-marah awak suruh cepat.. thank you juga sebab uruskan saya dan uruskan anak-anak sepanjang saya warded ni. Lebiu.