Siakap Keli

(Video) “Unta-Unta Nampak Confused”, Beberapa Kawasan Di Saudi Dihujani Salji

Sebuah video menunjukkan beberapa ekor unta terperangkap dalam ribut salji setelah

Ribut musim sejuk yang jarang terjadi dengan salji yang lebat kini menyelimuti kawasan Timur Tengah, dari Arab Saudi ke Syria dan dari Libya ke Lebanon.

Sebahagian wilayah ini menyaksikan salji pertama yang turun dalam beberapa tahun sekaligus menyekat jalan dan laluan ke pusat vaksinasi.

Menerusi sebuah rakaman yang tersebar luar di media sosial, beberapa ekor unta dilihat ‘bingung’ apabila terperangkap dalam ribut salji di luar kota Tabuk di Arab Saudi.

Rakaman berdurasi 31 saat itu turut menunjukkan bahagian tubuh unta yang diseliputi dengan salji yang tebal sambil duduk dalam keadaan kaku.

Ribut salji yang jarang terjadi itu turut menarik kehadiran pelancong yang dilaporkan datang dari seberang Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk menyaksikan salji yang turun, keadaan yang tidak biasa berlaku di kawasan pergunungan di sekitar Tabuk yang kering seperti padang pasir.

Pihak berkuasa Arab Saudi pada Rabu telah mengeluarkan amaran cuaca termasuk ribut petir, hujan salji dan angin kencang di sebilangan besar negara itu.

Pakar cuaca, Abdullah Al-Misnad mengatakan salji di wilayah Tabuk akan menyaksikan garis salji kekal turun hingga 1,000 meter.

Pada Januari lalu, salji tebal menyelimuti wilayah Aseer, yang terletak di selatan kota Mekah Arab Saudi di sepanjang pantai Laut Merah.

Kejadian cuaca itu dikatakan pertama kali berlaku dalam tempoh lebih dari 50 tahun sejak salji turun di sana.

Sumber: Newsweek

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.