Mungkin perkara biasa kalau ada rakan-rakan atau saudara mara yang nak pinjam duit dari kita. Masa nak pinjam tu, manis je mulut, bila nak bayar tu mesti liat dan mereka lagak seperti tiada apa yang berlaku.
Jadi, bagi mengelakan perkara ini berlaku, seorang pengguna Twitter, Syafiq Bahtiar berkongsi tips dan cara membuat borang atau surat perjanjian pinjaman, paling penting semua orang boleh buat sendiri surat ini.
Kalau ada surat ini , ia dikira perjanjian hitam putih. Jadi, jika berlaku penghutang tidak berbayar, sekurang-kurangnya kita ada bukti mereka meminjam kepada kita. Tidaklah berputih mata dikemudian hari.
Contoh Perjanjian Pinjam Duit 2021
Member nak pinjam RM100.00 pun boleh guna. Apatah lagi kalau member nak pinjam RM5,000.00.
Signing + Saksi jangan lupa
Cover page kasi nampak formal
Disclaimer: Jangan jadi Ah Long pula kasi duit dekat ramai-ramai orang. Ini untuk one off sebab nak tolong kawan-kawan sahaja. Kalau tidak, akan menyalahi undang-undang. “Jangan promosi Riba melalui Late Payment Interest”.
Okay, this may be the best solution. Tukar Interest tu kepada Charity (amal jariah).
Sumber: Syafiq Bahtiar