Siakap Keli

(Gambar) Rumah Transit Untuk Asnaf Duduk Percuma, Ditinggalkan Dalam Keadaan ‘Tunggang-Langgang’

Ditinggalkan dalam keadaan kotor, penuh sampah-sarap dan banyak kerosakan. Begitulah keadaan sebuah rumah transit yang diberi duduk secara percuma kepada sebuah keluarga asnaf oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ).

Menerusi perkongsian di Facebook rasmi, Masjlis Agama Islam Johor, jelas dapat dilihat keadaan di dalam rumah berkenaan yang teruk selepas ditinggalkan oleh keluarga asnaf yang tidak bertanggungjawab.

”Sedih rasa, bila rumah transit yang diberi duduk secara percuma ditinggalkan dalam keadaan macamni.

”Semalam kami bersihkan, lepas ni kena baik pulih sikit, tukar pintu dan lain-lain yang rosak, cat semula dan pasang tikar getah, insyaAllah,” tulis MAINJ.

Difahamkan, rumah transit di bawah bahagian Baitulmal ini adalah diberi duduk kepada asnaf yang layak mendiaminya dengan kos ditanggung MAINJ kecuali bil utiliti.

Sumber: Majlis Agama Islam Johor

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.