Sebuah pondok sedekah yang menyediakan barangan keperluan secara percuma bagi mereka yang memerlukan dibuka berhadapan Omar Ali Villa di Kuala Lumpur.
Menerusi satu hantaran di Twitter oleh Nur Hasha Idris, Pondok Sedekah Omar Zabedah itu merupakan inisiatif persendirian milik ibunya yang baru sahaja dibuka.
Mereka mengalu-alukan individu yang memerlukan di sekitar Keramat atau Kampung Baru untuk datang dan mengambil barangan keperluan tersebut.
”Ibu saya baru saja membuka pondok sedekah sebagai penghormatan kepada ibu bapanya.
”Jika ada yang sesiapa yang anda kenali tinggal di sekitar Keramat atau Kampung baru yang memerlukan barang keperluan, silakan singgah,” tulisnya.
my mom just opened a pondok sedekah in honor of her parents. 🥺 if anyone you know is staying around keramat or kampung baru and in need of essentials, do drop by. 🤍 pic.twitter.com/l1c7liUMZ5
— hash (@nurhashaidris) February 20, 2021
Perkongsian yang menjadi tular itu menarik kehadiran warganet yang memuji usaha yang dilakukan oleh mereka sekeluarga dalam membantu golongan yang memerlukan.
Malah, rata-ratanya turut ingin menyumbang barang keperluan di pondok sedekah berkenaan supaya dapat memberi manfaat kepada orang lain sekaligus menunjukkan keprihatinan dan sifat murah hati rakyat Malaysia.
Sumber: Twitter @nurhashaidris