Siakap Keli
Foto: Nabihah Shaauzi

(Video) Ini Cara Mudah Masukkan Data Dalam ‘Table’ Yang Ramai Tak Tahu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Mesti korang ada masalah bila terpaksa masukkan data dalam kotak satu persatu kan? Pasti ada yang mula bosan kerana ia mengambil masa yang lama.

Tetapi selepas korang tengok tutorial ini, mesti rasa bersyukur sebab gadis ini telah kongsikan cara mudah untuk masukkan data tanpa memerlukan masa yang lama. Tidak dinafikan, perkongsian daripada Nabihah Sahauzi ini akan memudahkan kerja ramai orang termasuklah pelajar universiti dan sekolah.

Data dah ada, cuma nak masukkan tiap satu data dalam table tu makan masa. Sebenarnya ada cara mudah nak pindahkan data ke dalam table dengan beberapa langkah saja…

SebelumĀ 

Selepas

Highlight kan semua data. Kemudian klik ‘Insert > Klik ‘Table’ > Klik ‘Convert Text to Table…’

Kemudian pilih ikut sesuaian data. Seperti contoh yang ditunjukkan, data dipisahkan dengan koma ( , ). Apabila telah selesai, klik ‘OK’.

Inilah hasilnya!

Lagi berguna jika mempunyai data yang lebih banyak untuk dipindahkan. Lebih mudah dan menjimatkan masa.

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang