Siakap Keli

(Video)”Hargailah Kerja Seseorang..,” Ikut Kawan Kerja Hantar Parcel, Ini ‘Perangai’ Orang Bila Nak Terima Barang

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Tidak dinafikan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) jualan dan pembelian secara dalam talian mencanak tinggi. Banyak kurier terpaksa bekerja lebih masa untuk menghantar parcel kepada pelanggan.

Sebagai pelanggan pula, kita seharusnya bersabar. Bukan barang kita sahaja yang mereka ingin hantar tetapi dalam sehari beratus barang lain-lain tempat dan kawasan.

Seperti pengalaman seorang pemuda ini, Faiz Ghani mengikut rakannya yang merupakan salah seorang kurier Pos Laju menghantar barangan ke pelanggan. Katanya nak cari pengalaman, tetapi dia akui kerja ini bukanlah suatu perkara yang mudah.

Pelbagai dugaan dan ujian mereka hadapi setiap hari, salah satunya pelanggan tidak angkat telefon, beri alamat salah dan macam-macam lagi.

“Hargailah setiap pekerjaan seseorang…”

 

Sumber: Faizz Ghani

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang