Siakap Keli

Abang Ni Nasihat Kongsikan “Live Location” Whatsapp Dengan Keluarga Setiap Kali “Drive” Jauh-jauh

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Baru-baru ini kita digemparkan dengan isu penemuan sebuah kereta dipercayai terlibat dalam kemalangan di Yong Peng-Pagoh kira-kira 10 bulan lepas.

Lebih mengejutkan, satu tengkorak dipercayai milik pemandu kenderaan berkenaan turut ditemui.

Mengambil iktibar dan pengajaran daripada kemalangan berkenaan, seorang warganet Zulhafidz Yahaya berkongsi satu cara untuk kita selaku pengguna jalan raya dapat memberitahu lokasi kita kepada orang lain sepanjang berada dalam perjalanan. Mari ikuti perkongsian ini.

Gambar: Zulhafidz Yahaya

Salam takziah kepada yang telah pergi meninggalkan dunia.

Pesanan bersama yang boleh kita ambil pengajaran dan iktibar: kalau drive jauh-jauh, sharelah live location 8 hrs ke apa ke dengan family atau rakan.

Dalam WhatsApp ada, dalam Google Maps ada, hantar Live ETA, Waze ada dan lain-lain.

Kongsi pengalaman ketika mengembara di luar negara

Dalam pada itu, Zulhafidz yang juga pernah mengembara di seluruh negara dan di luar negara dengan menaiki basikal dan motosikal turut berkongsi pengalamannya tentang kepentingan kedudukan lokasi.

Jelasnya, walaupun mengembara jauh, namun dia tetap memberi kedudukan lokasinya secara atas talian setiap masa.

“Waktu saya buat challenge ‘Ride 24 Jam 2020 km Pusing Malaya’, saya share live location dalam group WhatsApp geng-geng motor. Kita tak tau apa akan berlaku dalam perjalanan.

Waktu saya ride di Thailand 14 hari utara timur barat selatan Thai, setiap kali mula perjalanan, setiap hari, saya share live location dengan wife saya. Setiap hari. Dan beberapa group geng motor pun saya share, walaupun mereka berbulu sebab ride tak ajak.

Waktu di India, Nepal etc, memang saya share live location, terutama kepada keluarga dan sahabat terpercaya,” katanya dalam perkongsian tersebut.

Terputus hubungan, isteri risau

Namun ketika sibuk mengembara di sana, Zulhafidz bagaikan terputus hubungan kerana mengalami masalah kekurangan liputan rangkaian telekomunikasi.

Pada waktu itulah, isterinya berasa risau akan keselamatannya.

“Kecuali ada sekali tu ride di India, kebetulan pencawang signal kawasan tu rosak.

5 hari memang local simcard phone pun line teruk yakmat, di pergunungan pulak tu.

Sebab dah biasa share live location dengan wife, 5 hari sepi, FB tak dapat update etc, kengkawan guide pun just hantar SMS sahaja, tu pun jenuh nak lepas keluar, wife pi buat report polis sebab dah lebih 24 jam lost contact.

Hari ke-6, menderu mesej masuk.

Suruh dia pi balai balik report kata saya dah ada di Leh, India. Cuma kadang geram. Dah share dah live location. Pastu dia buat kalut, “Abang kat manaaa?”

Gambar: Zulhafidz Yahaya

“Tengok jela live location tu, kan dah share live location tu..?” Jawab saya, santai sambil tersenyum.

“Abang jawab jela kat mana, lagi pendek jawapan kat mana, dari suruh yang tengok live location tu, kenapa nak marah-marah suruh tengok live location?”

Ah sudah.. hahaha. 

Sebenarnya dia nak suruh balik cepat, walaupun time tu kita tengah repair moto kat Buriram, Thailand. 

Itukah kasih sayang suami dan isteri. Rindu kuat,” tambahnya lagi.

Berdasarkan gambar-gambar kirimannya ini, Zulhafidz pernah mencatat rekod mengembara di lembah banjaran tertinggi dunia, iaitu di Banjaran Himalaya, Nepal menaiki basikal dan motosikal.

Di bawah ini adalah ketika di Nepal Ride Thorong La Pass.

Gambar: Zulhafidz Yahaya
Gambar: Zulhafidz Yahaya

Di bawah ini pula adalah ketika di Himalaya Ride Khardungla Pass.

Gambar: Zulhafidz Yahaya
Gambar: Zulhafidz Yahaya

Sumber: Zulhafidz Yahaya

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'