Siakap Keli
Gambar Hiasan via Google

“Bayar Ribu-ribu Akhirnya Tak Laku,” Lelaki Ini Kongsi 7 Tips Kenali Emas Palsu

Emas adalah suatu barang berharga yang sangat bernilai. Boleh dipakai, boleh disimpan, malahan ianya juga boleh menjadi suatu bentuk pelaburan.

Namun perlu diingat bahawa, emas juga tidak lari daripada dipalsukan. Kalau beli dengan harga yang mahal, kesudahan emas yang kita dapat itu sebenarnya adalah palsu, menangis air mata darah sekali pun dah tak berguna dah.

Bagi mengelakkan diri daripada terbeli emas palsu ini, seorang pengguna Facebook bernama Azizul Azli Ahmad ini ada menerangkan berkenaan tips untuk mengenali emas palsu.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan perkara itu, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

7 TIPS KENALI EMAS PALSU!

Selain hantu, benda yang orang takut adalah emas palsu. Bayar ribu ribu akhirnya tak laku.

Saya dapat foto ini dari cikgu kacak Malaya,

Razzaaq Ajaq

1. Uji Dengan Magnet

Guna magnet untuk uji emas, jika ia melekat bermakna ianya palsu. Ia telah dicampur dengan logam lain untuk jadi berat.

2. Secara Visual

Emas biasanya akan di cop dengan bacaan fineness (1-999 atau 0.1-0.999) dalam bacaan karat 14k,18k,22k atau 24k dilogam tersebut. Adakalanya tulisannya terlalu kecil, maka kita kena cari.

3. Gigit Emas

Dalam filem koboi selalu tunjuk ini. Emas asli sifatnya lembut, akan ada kesan gigitan yang dalam.

4. Gores Emas Pada Seramik.

Goreskan emas pada permukaan seramik, jika ada goresan hitam bermakna emas palsu tetapi jika tiada kesan hitam ianya asli

5. Bawa Ke Ahrahnu.

Mereka ada alat yang lengkap untuk uji ketulinan emas ini. Biar mereka uji dan sahkan keasliannya.

6. Timbang Emas

Jika emas jongkong, bar diatasnya ada ukuran berat. Timbang apakah beratnya sama atau tidak. Logam lain sukar untuk dapat berat yang sama seperti emas dalam ukuran yang sama sebab emas adalah logam paling padu.

7. Mintak Suami Belikan Emas

Jika dia marah marah sebab isteri asik minta emas, maknanya emas tulis. Jika emas palsu biasanya tak mahal macam emas tulin.
Kawan kawan,

Harga emas sedang turun sekarang. Bagi penyimpan emas. Ini saatnya beli dan simpan emas.

#TabungEmas7 TIPS KENALI EMAS PALSU!Selain hantu, benda yang orang takut adalah emas palsu. Bayar ribu ribu akhirnya…

Posted by Azizul Azli Ahmad on Monday, February 22, 2021

Sumber: Azizul Azli Ahmad

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.