Putrajaya, 22 Feb – Sebanyak 2,192 kes positif COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan kumulatif kes sebanyak 285,761, lapor Kementerian Kesihatan (KKM).
Menerusi ciapan KKM, sebanyak 3,414 kes telah pulih, menjadikan jumlah kes sembuh sebanyak 252,623 kes setakat hari ini.
Sementara itu, seramai 199 kes sedang dirawat di ICU di mana seramai 91 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.
Dukacita dimaklumkan terdapat enam kematian baru dilaporkan hari ini. Takziah diucapkan buat semua keluarga pesakit.
Status Terkini #COVID19, 22 Februari 2021
Kes sembuh=3,414
Jumlah kes sembuh=252,623 kes
Kes baharu positif=2,192 kes (2,189 tempatan, 3 import)
Jumlah positif=285,761
Kes kematian=6
Jumlah kes kematian=1,062 kes
Kes dirawat di ICU=199 kes
Bantuan Alat Pernafasan=91 pic.twitter.com/b1EbRTYLmW— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) February 22, 2021
Sumber: KKM