Siakap Keli
Gambar: @jorgesonrics

(Video) Lelaki Cuak Nampak Lidi Lepas ‘Benam’ Kepala ‘Member’ Dalam Kek

Apabila tiba hari jadi mahupun apa-apa sambutan, ‘prank’ yang membenamkan muka seseorang itu ke dalam kek sudah menjadi perkara biasa yang dikongsikan di media sosial.

Sungguh pun usikan itu kadang-kala memanglah menghiburkan, namun perlu diingat bahawa setiap prank yang dikenakan boleh bertukar tragedi.

Dalam satu video TikTok yang dikongsikan menerusi akaun TikTok ini, prank membenamkan muka ke dalam kek hampir-hampir sahaja bertukar tragedi apabila muka lelaki yang terkena prank itu nyaris tertusuk dengan lidi yang terdapat di dalam kek tersebut.

 

Mujur lidi tersebut tidak mengenai muka lelaki itu. Rakannya yang membenamkan muka lelaki itu kelihatan terkejut selepas terlihat lidi yang dipegang lelaki tersebut.

@jorgesonrics

Feliz cumpleaños 😦 @kimmigneault

♬ Las Mañanitas (Cumpleaños Felíz) – Tito Guízar

Manakan tidak, sekiranya terjadi apa-apa, pastinya dia akan menyesali perbuatannya itu. Tidak dapat dipastikan ‘kejadian’ tersebut sama ada sudah dirancang atau tidak, namun ianya dapat memberikan peringatan kepada kita supaya tidak mengamalkan perbuatan sedemikian kerana mendatangkan bahaya.

Sumber: @jorgesonrics

Aqmal Ezany

I write what is right