Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 14 kes kematian yang berkaitan dengan COVID-19 dicatatkan pada hari ini.
14 kes kematian yang dicatatkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian yang berkaitan dengan COVID-19 di Malaysia bertambah kepada 1,076 kes.
Menurut kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, salah satu daripada 14 kes kematian pada hari ini adalah pesakit yang berusia 30 tahun.
Kes kematian yang ke-1069 itu adalah merupakan seorang lelaki berusia 30 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit tuberkulosis. Pesakit telah disahkan meninggal dunia di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang.
Berikut adalah perincian berkenaan 14 kes kematian yang dicatatkan pada hari ini:
Sumber: KP Kesihatan