Siakap Keli
Gambar: Bernama

i-Lestari: Pembayaran Bagi Minggu Pertama Bulan Mac Diawalkan, Dibayar Pada Minggu Akhir Februari

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerusi akaun Facebook rasminya memaklumkan bahawa pembayaran i-Lestari yang dijadualkan pada minggu pertama bulan Mac ini akan diawalkan kepada minggu akhir bulan Februari.

Menurut KWSP, pembayaran awal tersebut dilakukan bagi melancarkan transaksi bayaran i-Sinar yang akan dibuat mulai 8 Mac ini.

Bagi ahli yang menerima bayaran sepanjang minggu ini pula, tiada bayaran i-Lestari akan dibuat bagi bulan Mac.

Bagi pembayaran i-Lestari yang dijadualkan pada ๐—บ๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ด๐˜‚ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ๐—บ๐—ฎ ๐—ฏ๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฎ๐—ฐ, pembayaran akan diawalkan dan dibayar pada…

Posted by Kumpulan Wang Simpanan Pekerja on Tuesday, February 23, 2021

Sumber: KWSP