Siakap Keli
Gambar: Bernama

Kompaun RM1,000 Adalah Maksimum, Boleh Kemuka Rayuan Dengan Sebab Tertentu – Ismail Sabri

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri dalam sidang media sebentar tadi memaklumkan bahawa sesiapa yang dikenakan kompaun RM1,000 boleh mengemukakan rayuan pengurangan di pejabat kesihatan daerah mengikut daerah kompaun tersebut dikeluarkan.

Menurutnya, ramai yang terkeliru dengan jumlah kompaun yang dikeluarkan untuk dibayar kerana nilai RM1,000 itu sebenarnya boleh dikurangkan dengan mengemukakan sebab-sebab yang munasabah kepada pegawai yang menerima rayuan tersebut.

“Ramai yang apabila dikenakan kompaun RM1,000, ramai yang terkeliru. Apabila kompaun RM1,000, ianya adalah maksimum.

“Mereka boleh mengemukakan rayuan dengan memberikan sebab-sebab yang tertentu sebelum membuat bayaran kepada Kementerian Kesihatan atau pun Pejabat Kesihatan Daerah.

“Kalau mereka bersetuju dengan sebab-sebab yang dikemukakan mereka boleh menurunkan kadar kompaun tersebut. Bukan RM1,000 mungkin RM100 atau RM50 itu terserah kepada pegawai yang menerima rayuan tersebut”, ujarnya.

Sumber: Bernama TV

Aqmal Ezany

I write what is right