Siakap Keli
Gambar: Bernama

Perkhidmatan Pembaharuan Lesen Kenderaan Dihentikan Sementara Di Pejabat Pos Seluruh Malaysia

Putrajaya, 22 Feb – Perkhidmatan pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (cukai jalan) di pejabat Pos seluruh negara akan dihentikan buat sementara bermula esok(23 Februari).

Menurut kenyataan Pos Malaysia, pemberhentian khidmat itu sehingga 31 Mac ini adalah susulan arahan daripada pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Kementerian Pengangkutan telah memberikan pengecualian pembaharuan Lesen Kenderaan Motor dan lesen memandu bagi PKP 2.0,” tulis kenyataan tersebut.

Bagaimanapun menurut kenyataan itu, pembaharuan lesen memandu dan insurans kenderaan masih berjalan seperti biasa.

Susulan itu, pemegang lesen dibenarkan memandu kenderaan selagi mempunyai sijil insurans kenderaan yang sah sepanjang tempoh berkenaan.

Untuk sebarang pertanyaan, layari AskPos di www.pos.com.my atau melalui halaman utama aplikasi mudah alih Pos Malaysia.

Sumber: Pos Malaysia

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.