Siakap Keli
Kredit: Najmi

“Sakit Apa Tokwi?,” Tak Boleh Naik Sebab Sakit Kaki, Jawapan ‘Rider’ Foodpanda Ini Boleh Bikin ‘Berduet’

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kata orang, ketawa adalah terapi terbaik yang percuma. Malah, adakalanya muncul situasi spontan yang membuatkan kita terhibur ketawa dan menceriakan hari kita.

Seperti situasi yang berlaku kepada seorang lelaki bernama Najmi bersama seorang penghantar makanan Foodpanda pada hari ini. Bermula daripada pesanan makanan seperti biasa, mereka berdua sempat bergurau dan hampir ‘berduet’ dalam mesej melalui aplikasi tersebut.

Penat la aku gelak harini. Sampai je tegak dia bagi, “Kau ajak aku menyanyi atas motor?”

Kisahnya, penghantar makanan itu meminta Najmi untuk turun bagi mengambil makanannya di lobi kerana rider tersebut mengalami sakit kaki. Mesej tersebut kemudiannya dibalas Najmi dengan lirik lagu “Anak Itik Tokwi”, membuatkan rider tersebut menyambut dengan lirik lagu yang sama.

Baca perbualan mereka di bawah.

 

Sumber: Najmi